Friday 27 November 2015

RUMUSAN untuk Bab 9 Kaedah Penyelesaian Masalah



Perbezaan Antara Masalah Dan Isu 

--Masalah memerlukan satu penyelesaian yang agak segera manakala isu perlu ditangani dengan lebih berhati-hati.


--Sesuatu masalah jika tidak diselesaikan dan dibiarkan berlarutan akan menjadi satu isu yang lebih rumit untuk diselesaikan.                                                                                                               
SIFAT PENYELESAIAN MASALAH
Terdapat 4 ciri penting dalam individu yang menjadikannya seorang penyelesaian masalah yang berkesan. (Francis, 1990)
i.   Motivasi yang kuat
Menyelesaikan masalah dengan segala tenaga, bersikap positif dan tidak mudah
mengalah. Tidak takut kepada misteri dan kesukaran. Kemenangan adalah idaman 
mereka.

ii. Trait yang positif
Mempunyai emosi yang stabil, menunjukkan minat dalam penyelesaian masalah, trait
psikologi yang objektif dsn komitmen, cerdik dan pintar serta akhirnya terus berusaha
tanpa rasa jemu.

iii.  Jati diri
Mempunyai keyakinan diri dan percaya keupayaan diri tetapi sedar
bahawa kekurangan dan batasan yang akan dihadapi.

iv.  Membina kemahiran
Menyelesaikan masalah dengan 6 langkah model penyelesaian masalah (Chang dan
Kelly,1993)iaitu kenal pasti masalah, analisa punca masalah,kenal pasti cara
penyelesaian, pilih penyelesaian yang terbaik, bentuk plan tindakan, pelaksaan dan
penilaian 
                                                           @
Menggunakan 8 langkah (Francis,1990) iaitu tuning in, objective setting, success
measurement, information collection, decision making, planning, action, dan review to
improve.

KATEGORI MASALAH

  • Misteri
  • Tugasan (assignment)
  • Kesukaran (difficulties)
  • Peluang (opportunities)
  • Tidak pasti (puzzles)
  • Dilema 
   Model Penyelesaian Masalah Secara Saintifik dan      Logik

Langkah pertama :Mendefinisikan masalah 
Bertanya soalan mengenai masalah, penting untuk membawa kesan yang diingini. Keadaan "mind-set" seseorang dan konteks di mana masalah itu wujud adalah penting dan mustahak untuk memahami semua faktor yang mengakibatkan masalah.

Langkah kedua: Mengkelaskan Masalah 
Mengenal pasti risiko tiap-tiap masalah itu dan selesaikan masalah yang paling tinggi risikonya.

Langkah ketiga: Tentukan Objektif 
Menentukan apa yang diingini daripada aktivitti-aktiviti yang hendak dilaksanakn dan biarlah jelas, mudah difahami dan praktikal.

Langkah keempat: Tentukan ukuran kejayaan 
Menentukan standard atai piawai yang akan menjadi pengukuran tentang kejayaan dalam penyelesaian masalah.

Langkah kelima: Kutipan data 
Proses mengumpulan data stau maklumat (punca masalah) yang berkaitan dengan masalah yang hendak diselesaikan. Sumber termasuklah pengalaman, permehatian dan kajian. pengumpulan maklumat secara amnya merupakan lima peringkat seperti:-
- mengenal pasti maklumat yang diperlukan dan cara mendapatinya.
- mengenal pasti prosedur untuk mengupul maklumat yang tercicir.
- kenal pasti punca bagaimana hendak menerbitkan maklumat.
- menstrukturkan maklumat supaya senang difahami.
- membina opsyen untuk menbuat keputusan berdasarkan kepada maklumat dan data yang dikumpul.

Langkah keenam: Membuat keputusan 
Keputusan untuk memilih opsyen yang paling tepat untuk dilaksanakan. Pendekatan yang paling baik ialah mendapat consensus semua pihak yang terlibat di dalam memilih opsyen untuk dilaksanakan.

Langkah ketujuh: melaksanakan keputusan yang diambil 
Orang yang melaksanakan keputusan yang diambil harus menberi perhatian kepada perkara-perkara yang teliti. Perkara yang diambil kira adalah keyakinan, kesungguhan, kemahiran, ketepatan, penyesuaian, objektiviti san kebolehan bekerja dalam kumpulan.

Langkah kelapan: Penilaian 
Memberi gambaran tentang keberkesanan tindakan penyelesaian masalah yang telah diambil.



PENYELESAIAN SECARA SAINTIFIK


1. Mengadakan Hipotesis 
Sebagai penggerak, merupakan anggapan atau hipotesis yang perlu diuji dan dibuktikan sama ada betul atau salah.

2. Mengunpul maklumat 
-Dalam kaedah saintifik, mengadakan bukti dan maklumat penting untuk mengesahkan kebenaran hipotesis.

3. Membuat kesimpulan 
- Sikap saintifik akan menangguhkan stau menunda sebarang keputusan selagi tidak memperolehi bukti atau maklumat yang menyakinkan tentang hipotesis stau assumption yang ada.

PENYELESAIAN SECARA KREATIF/LATERAL

Faktor-faktor yang menyebabkan kita tidak dapat mencari penyelesaian kreatif 
- mempermudahkan masalah itu.
- tidak mahu melihat lebih jauh di sebalik apa yang ada di depan mata kita.
- tidak menyoal semula andaian yang kita gunakan.

Ciri-ciri penyelesaian masalah secara kreatif atau lateral
i. tidak bersifat kritikal seperti kaedah logik
   lebih suka menindai penilaian dan yang penting ialah menjana    idea.
ii. tidak bersidat analitikal seperti kaedah saintifik
    mencipta penyelesaian yang dianggap lebih membawa untung.
iii. tidak bersifat vertikal/ sehala seperti kaedah saintifik
    bersifat generatif dan inovatif untuk menerbitkan perubahan demi perubahan itu sendiri         tanpa diikat oleh logik sebab-akibat.

Kaedah Enam Topi Berfikir (Edward de Bono)


1. Topi Hijau - pemikiran kreatif dan subur
2. 
Topi Kuning - pemikiran positif dan konstruktif
3. 
Topi Putih - pemikiran Objektif
4. 
Topi Hitam - pemikiran negatif dan kritikal
5. 
Topi Merah - pemikiran emotif
6. 
Topi Biru - lambang langit di atas, mengawasi bagaimana topi-topi lain bekerja.

Kaedah Enam Kasut Bertindak (Edward de Bono)
1. Kasut formal biru laut - tindakan formal, biasa, mudah dan ringkas.
2. Kasut kelabu - tindakan secara penyelidikan, mencari bukti, maklumat dan idea baru.
3. Kasut Perang - tindakan secara praktikal, nyata, lasak, tidak formal, fleksibel dan berkesan.
4. Boot Oren - tindakan secara cemas, krisis, risiko, segera dan berani.
5. Selipar merah jambu - tindakan secara prihatin, prikamanusiaan, kasih sayang, lemah lembut, mesra dan ikhlas.
6. Kasut tunggangan ungu - tindakan secara kuasa, rasmi, kepimpinan, dan bertanggungjawab.


PENYELESAIAN MELALUI PERASAAN
  • Berasaskan konsep kecerdasan EQ (emotional Intelligence) yang digunakan oleh Peter Solovey.
  • Lebih menekankan ciri sahsiah seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi tertentu dan EQ merupakan kebolehan untuk mengawas (monitor) diri sendiri dan orang lain dari segi emosi dan perasaan.
  • Penyelesaian masalah memalui perasaan bergantung kepada kemahiran seseorang itu mengetahui dan menguruskan emosinya. Sifat-sifat yang perlu dimiliki ialah sabar, tenang, waspada, dan sebagainya.
Kecerdasan emosi mengandungi lims domain utama: 
  • kebolehan mengetahui emosi sendiri
  • kebolehan dalam pengurusan emosi
  • kebolehan meningkatkan motivasi
  • kebolehan mengenal emosi orang lain
  • kebolehan menjalin persaudaraan
PENYELESAIAN SECARA ISLAM

 1. Pendekatan Hukum

Bentuk pendekatan Islam yang bersifat rasional dan intelektual. 
Ia bermaksud hukum-hukum qat'l dan ijtihadi. 
Semua hukum bersifat qat'l hendakalah ditaati dan dipatuhi sepenuhnya kecuali sebab darurat, penyakit,gila, pengsan usia tua, dan cacat mental.

2. Pendekatan Sufi

Dianggap bersifat moral dan spiritrual, berfsifat lembut dan lunak.
Mermelukan kefahaman tentang hakikat masalah, sebab masalah, dan kaedah penyelesaian.
Berasaskan proses tazkiyyah an-nafs atau pembersihan diri melalui dua aspek:
i. Pembersihan diri dari sifat-sifat buruk
ii. Menghias diri dengan sifat-sifat baik

3 comments:

  1. Sebuah persembahan blog yang menarik. Tidak sahaja berjaya membuat ikhtisar, tetapi juga rajah dan gambar. Tahniah!

    ReplyDelete
  2. The best casinos and bookmakers
    The Best Casino in North 먹튀검증업체 순위 America – Casino City Hotel and Goyan Las Vegas. The 넷마블포커 Goyan casino 온라인 슬롯머신 has been the best in the industry since 1999, offering an array of 슬롯 게임 games 포커 용어 for

    ReplyDelete
  3. Caesars Entertainment reopens casino with first responders - Dr.
    At approximately 2 a.m., Caesars 서울특별 출장마사지 Entertainment has reopened 경상남도 출장샵 its 시흥 출장마사지 main casino in 논산 출장샵 Caesars Entertainment, a 춘천 출장마사지 division of MGM Resorts International,

    ReplyDelete